Petang ni TRP nak share sedikit tentang hal wanita...... semoga tips yang TRP ambil dari facebook Dr. Zubaidi Hj. Ahmad ni dapat menyedarkan kaum hawa tentang pentingnya menggunakan tuala wanita dengan betul..........Terima Kasih Tuan Doktor kerana sentiasa share info2 yang berguna.............
TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA
Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita
ialah:
1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika
membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari
tuala wanita yang lama dan kotor.
2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.
3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.
4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.
5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik, padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.
Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan