Assalamualaikum dan selamat pagi......
Waktu tengah baca facebook, TRP terbaca satu link tentang Adakah Kaki Wanita Aurat ??
Haaa agak-agak aurat tak? Kalau nak tahu jom baca info ni. Walau pun panjang tapi sangat-sangat berguna. Sape yang rajin baca, insyaAllah akan dapat manfaat daripadanya, sape yang kurang rajin hehehe jawablah sendiri...........
TRP paste kat sini untuk simpanan dan rujukan TRP dan sesiapa yang berminat. Kalau nak baca kat website asal pun boleh, ni link nya : http://sayangislam.com
Assalamualaikum
Seperti yang Ummu Abbas ketahui Azie tinggal di Asia Barat dan di sini mazhab dan amalan yg diamalkan amat berbeza dgn kita di Malaysia. Azie tak berapa pasti mazhab mana yg diikuti di sini…. kalau solat, terutama kaum wanitanya x menjaga aurat seperti kita..kaki tidak ditutup elok, memakai pewarna kuku yg boleh menghalang air dan bermcm2 lagi perkara yg bertentangan dgn amalan kita. Betul ke ada mazhab yg membenarkan perkara2 seperti itu ?
Azie
*******************************************************************************
Wa’alaikum salam warahmatullah Azie,
Persoalan Azie sebelum ini adalah pelbagai topik. Kak Nur jawab satu persatu supaya tajuknya boleh diasingkan.
Untuk lebih memahami, saya kemukakan contoh perbahasan fuqaha’ mengenai aurat wanita semasa solat.
Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;
Allah berkata,
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31
Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.
Aisyah melaporkan,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat
Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah
s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai
Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka
tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya
menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.
Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.
Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,
Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,
إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”
Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.
Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri. Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang
kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah
tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari
Rasulullah s.a.w itu sendiri.
Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.
Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.
Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab
karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan
solat dan ada bahagian rambutnya terdedah, maka solatnya dianggap tidak
sah”.
Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat
wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak
tangan. Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’
yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.
Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,
“Menutup dua kaki semasa solat adalah
disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran
(rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup.
Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita
membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki,
maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki
wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat
kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja
bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka
apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.
Secara peribadi, saya melihat hujjah yang mengatakan kaki bukan aurat
agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan di
atas. Hujjah yang digunakan lebih kepada lojik akal. Sedangkan lojik
akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.
Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik
akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir.
Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada
zaman sekarang. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin
berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen
sekarang.
Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki
semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai
stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya
dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut,
wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.
Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin
ketika menemani anak-anak bermain air di taman tema air. Taman tema air
seperti di Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan
umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita. Jadi pilihan yang ada ialah
tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri
tidak dibasahi dosa.
Seorang lelaki menyarankan dalam blognya agar wanita tetap menutup kaki di rumah jika terdapat tetamu lelaki.
Sebelumnya, saya meringankan juga dari menutup kaki seperti ketika
ada tetamu lelaki di rumah atau ketika bermain air di pantai dengan
alasan rukhsah dan memakai pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat.
Namun sekarang saya berusaha melakukan yang terbaik setakat termampu.
Dunia hanya sementara. Masa kita terlalu singkat untuk beramal dengan
ajaran Islam. Oleh sebab itulah Allah bersumpah dengan masa dalam
surah al-‘Asr. Kemudian dikatakan manusia ini memang sentiasa rugi
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
Suami sendiri bertegas dalam hal menutup kaki. Dia pernah menegur
saya menutup wajah tetapi membuka kaki. Kaki lebih aula ditutup
berbanding wajah berdasarkan hujjah-hujjah yang ada.
Mengenai situasi yang Azie alami di sana, ia adalah perkara biasa
berlaku sekarang di mana-mana negara ummat Islam. Masyarakat Arab
Jordan dulu pun begitu juga. Meskipun di Fakulti Syariah, melihat
gadis-gadis Arab bersolat dengan rambut terjurai di dahi dan menampakkan
kaki adalah perkara biasa. Sebagai pelajar yang memahami ibadah
berdasarkan ilmu, kami tidak mengikut tabiat yang tidak baik itu. Kita
dianjurkan Islam untuk beramal dengan perkara yang diyakini dan
meninggalkan perkara yang diragui kebenarannya.
Walau bagaimana pun, dalam kes aurat kaki ini, meskipun kita memilih
pendapat yang mempunyai hujjah yang kuat dan apa yang menenangkan hati
kita. Namun kita tetap perlu meraikan pandangan orang lain yang
berbeza. Justeru itu, kita tidak boleh memaksa para wanita di Asia
Barat solat sama seperti kita yakni menutup kaki. Kita hanya boleh
beritahu mereka hujjah yang kita tahu. Terserahlah kepada mereka mahu
menerimanya atau tidak. Adapun amalan wanita Malaysia yang menutup kaki
semasa solat wajar diteruskan secara istiqamah kerana ia paling tepat
dengan petunjuk Nabi s.a.w.
Untuk perkara-perkara lain yang disebutkan atau tidak dinyatakan,
garis panduan memilih pendapat untuk diamalkan ialah yang mempunyai
hujjah yang kuat. Ini termasuklah memakai pewarna kuku yang boleh
menghalang air. Ia menyebabkan wuduk tidak sah. Bukanlah bila
dikatakan Arab, maka semuanya alim dan memahami secara mendalam mengenai
Islam. Mereka sama seperti umat Islam di Malaysia, mana yang belajar
akan tahu dan yang tidak belajar akan tetap jahil.
Arab yang tahu, beriman dan beramal akan menjadi muslim yang baik.
Arab yang tahu tetapi tidak mahu beriman dan tidak mahu mengamalkan tetap menjadi muslim yang jahat.
Islam membekalkan kepada ummatnya prinsip-prinsip yang jelas dalam
beramal yakni rujukannya al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Kita
sekali-kali tidak dibenarkan mengikut amalan kerana bangsa mereka atau
keturunan mereka dan lain-lain yang berunsur taqlid.
Semoga Azie dapat bersabar dan berlapang dada menghadapi situasi
masyarakat yang berbeza dengan kefahaman kita selama ini. Pengalaman
adalah satu ilmu yang amat berharga dari Allah swt.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan penulis sendiri.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ibu yang terus belajar
Jika salah tolong tunjukkan.
Wassalam.
Ummu Abbas
11.11am
*******************************************************
So macam mana? Dah dapat jawapannya? Semoga selepas ini TRP dan kawan-kawan semua dapat istiqamah menutup kaki walau pun ketika nak berenang dalam kolam atau kat pantai. Sebelum ni pun bukan TRP tak tahu, tapi ya Allah, lemahnya imanku ini.....sedihhhhhh......!!
"Biarlah berapa banyak stokin rosak kerana pasir dan air, tapi jangan sampai kaki hancur kerana bahangnya API NERAKA......."
nauzubillahi min zalik.......
-TRP-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan