Breakfast apa pagi ni?
Roti canai? Pancake? Nasi Kerabu? Nasi Lemak?
Aduhhh tetiba jer rasa lapar.......
Sebut jer nasi lemak..... rasa nak berpantunlah pulak........layan jangan tak layan hehehe.....
www.nasilemaklover.blogspot.com
- Nasi lemak buah bidara
- sayang selasih hamba lurutkan;
- Buang emak buang saudara
- kerana kekasih hamba turutkan
Ok, pagi ni TRP bukan nak share resepi nasi lemak tau............. tapi TRP nak share beberapa tips hasilkan nasi lemak yang elok dan sedap........... ni hasil dari google minggu lepas. Tetiba datang mood rajin nak masak nasi lemak untuk breakfast........... selalunya masak kat kedai jer huk huk huk............... sampai cik abang pun pelik mimpi apa tiba-tiba TRP nak buat breakfast nasi lemak ni hehehe.................. ok lah nak ngaku awal-awal, TRP ni tak pro memasak............setakat nak makan anak-beranak tu bolehhhh la........... eh dah dah panjang pulak intronya.............. jom kita tengok tipsnya. :
1. untuk elak nasi melekat di periuk nasi, lepas basuh beras,
rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan
2. nak lagi sedap didihkan dulu santan
3. nak nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar
ibu jari
4. nak wangikan nasi, masukkan serai dan daun pandan
5. if nasi lemak termentah dalam periuk, cepat2 masak atas
dapur gas dgn api perlahan. Kalau tak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam
pengukus dan kukus hingga masak
6. nak nasi jadi sebijik2, letak marjerin sikit
Sumber : www.lukisanduniaku.wordpress.com
Itu jer tips masak nasi lemak buat masa ni. If ada info baru, TRP akan update. Kalau korang ada lagi tips untuk masak nasi lemak ni, jangan segan-segan share yer. Ok selamat ber nasi lemak hehehe ......opssss jaga-jaga kolestrol tuuuuu........ bye!
- The Red Pen -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan