Ahad, 9 Disember 2012

Info Menarik Bikin Bulu Roma Meremang : FIRAUN dan KISAHNYA

Assalamualaikum....

Tadi TRP singgah kat blog Ibu Sham dan terbaca entry ni. Terima kasih Kak Shamsiah dan harap akak tak kisah TRP share info ni kat sini. Meremang bulu roma bila baca. Err TRP la, orang lain tak tau la meremang ke tak hehehe. Jadi meremang tu sebabnya berdasarkan kajian sains yang dulunya dikenali sebagai Dr. Bucaille telah membuktikan bahawa alquran itu adalah benar sebenar benarnya berdasarkan kajiannya terhadap PENEMUAN MAYAT FIRAUN.........Tapi mohon maaf banyak2, TRP tak tau plak sumber asalnya dari mana............. Jom jom baca info yang SANGAT MENARIK ni.........semoga info ni dapat memberi manfaat yang besar kepada kita semua baik muslim dan bukan muslim.....



"  Sesungguhnya Al-Quran itu benar..Subhanallah

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975. Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.


Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. 


Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. 

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. 


Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.



Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.


Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. 


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. "

Rabu, 5 Disember 2012

Tips Menggunakan Tuala Wanita dengan Betul



 Petang ni TRP nak share sedikit tentang hal wanita...... semoga tips yang TRP ambil dari facebook Dr. Zubaidi Hj. Ahmad ni dapat menyedarkan kaum hawa tentang pentingnya menggunakan tuala wanita dengan betul..........Terima Kasih Tuan Doktor kerana sentiasa share info2 yang berguna.............
 
TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita ialah:


1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari tuala wanita yang lama dan kotor.

2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.

5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik, padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Selasa, 4 Disember 2012

Chocolate Brownies.......Simple and Easy but Yummyyyy!!

Assalamualaikum.......................

Hi guys...........


Chocolate Brownies..........yummyyyy!!!




Let's try this chocolate brownies recipe.
It is so simple and easy to make. but it tastes sooooo good............yummyyyyyyyyyyyyyy.............. 

wah wah speaking london la pulak....entah betul ke tidak bahasa dan grammar nya................
kalau salah, sila pejamkan mata yer......hehehe


Bahan-bahan : (2-3 orang makan)

6 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan mentega cair/minyak masak
*trp guna 1/3 cawan minyak masak supaya lebih moist
1 cawan gula
*nak kurangkan pun boleh,
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
1/3 cawan tepung gandum
*jangan tak percaya pulak, memang tepungnya pakai cikit jer
 2 biji telur
1 cawan kekacang -optional

cara-cara:
-panaskan dulu oven
-masukkan serbuk koko,mentega cair, gula,esen vanilla, garam, tepung gandum dan telur dalam bekas dan kacau sebati dengan senduk.
-masukkan kekacang kalau suka, gaul rata
-tuang adunan ke dalam loyang yang dialas. untuk resepi asal, sila guna loyang paling kecik. Kalau nak banyak,sila gandakan bahan-bahannya.
- bakar selama 20-30 minit dengan suhu 160 degrees.














Isnin, 3 Disember 2012

Ketam Nipah Vs Ketam Batu


Ada sesiapa yang suka makan ketam tak? Kalau ada sila angkat jari hehhe...
TRP rasa tentu ramai yang tak tolak ketam kan, kecuali yang mungkin alah kepada seafood.
Ketam ni antara makanan laut yang boleh tahan mahal la dan kalau tak bernasib baik terbeli ketam yang ciput jer isinya.

Orang kata ketam nipah lagi banyak isi dari ketam bunga (ketam laut)....... kalau dibuat megi kari pun sedap tu........perghhhh terliur la pulak. Eh, tapi boleh ker kita nak makan ketam nipah ni. Bukan ker binatang dua alam yang boleh hidup lama kat atas darat ni tak boleh dimakan?

Suatu ketika dulu TRP dapat tahu ketam nipah ni boleh dimakan (tak haram). Tak lama lepas tu ada pulak yang bagi tahu tak boleh sebab ketam nipah ni boleh hidup lama atas darat berbanding ketam bunga. Sejak itu, TRP dah tak berani nak beli ketam nipah. walhal kat tempat TRP ni banyak betul orang jual ketam nipah ni. Hairan jugak orang muslim kat tempat ni makan pulak ketam nipah ni. Maka timbullah rasa pelik dan nak tahu.

Rupa-rupanya memang betul lah ketam nipah ni boleh dimakan. Memanglah ketam ni boleh hidup lama, tapi tak selama ketam batu. TRP dah lupa kat mana terbaca tentang ketam nipah ni. Katanya ketam ini boleh hidup selama 2-3 hari di atas darat tanpa masuk ke dalam air kerana ia mempunyai organ yang boleh menyimpan air pada badannya.So maknanya yang tak boleh dimakan tu adalah ketam batu.

Tapi korang tahu tak macam mana nak bezakan ketam nipah dengan ketam batu tu?
 Meh meh jom kita tengok bezanya..........harap-harap lepas ni kita dah pro dan tak kena tipu dengan peniaga ketam........hehehehe

sumber : Facebook Sahabat Halal Jakim

So kawan-kawan, lepas ni jangan ragu-ragu nak beli ketam nipah yer........ selain isinya banyak, ia juga bagus untuk merawat pesakit demam denggi. TRP memang pernah terbaca hasil tulisan seorang doktor tentang kebaikan sup ketam untuk pesakit demam denggi. Malangnya dah lupa link blognya.

-TRP-

10 Steps to Make Plenty of Milk !!


"Alamak !!, macam mana ni, anak saya asyik nangis jer...................mungkinkah susu saya tak mencukupi ?"

TRP yakin ramai mommies kat luar sana tu yg ada masalah kekurangan susu. Tadi ada terbaca kat facebook member tentang 10 langkah untuk tingkatkan kandungan susu ibu. Jom baca dan cuba amalkan, mana tahu menjadi........jom jom jommmm........



Sumber : facebook Malaysian Mommies Network

Adakah Kaki Wanita Aurat ?


Assalamualaikum dan selamat pagi......



Waktu tengah baca facebook, TRP terbaca satu link tentang Adakah Kaki Wanita Aurat ??
Haaa agak-agak aurat tak? Kalau nak tahu jom baca info ni. Walau pun panjang tapi sangat-sangat berguna. Sape yang rajin baca, insyaAllah akan dapat manfaat daripadanya, sape yang kurang rajin hehehe jawablah sendiri...........

 TRP paste kat sini untuk simpanan dan rujukan TRP dan sesiapa yang berminat. Kalau nak baca kat website asal pun boleh, ni link nya : http://sayangislam.com



Assalamualaikum
Seperti yang Ummu Abbas ketahui Azie tinggal di Asia Barat dan di sini mazhab dan amalan yg diamalkan amat berbeza dgn kita di Malaysia.  Azie tak berapa pasti mazhab mana yg diikuti di sini…. kalau solat, terutama kaum wanitanya x menjaga aurat seperti kita..kaki tidak ditutup elok, memakai pewarna kuku yg boleh menghalang air dan bermcm2 lagi perkara yg bertentangan dgn amalan kita.  Betul ke ada mazhab yg membenarkan perkara2 seperti itu ?
Azie

*******************************************************************************
Wa’alaikum salam warahmatullah Azie,

Persoalan Azie sebelum ini adalah pelbagai topik.   Kak Nur jawab satu persatu supaya tajuknya boleh diasingkan.
Untuk lebih memahami, saya kemukakan contoh perbahasan fuqaha’ mengenai aurat wanita semasa solat.
Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.  Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;
Allah berkata,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. 
An-Nur 24:31

Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.
Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis.  Rasulullah s.a.w lalu berpaling  daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.

Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.
Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh  Ummu Salamah.  Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,
Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?  Nabi s.a.w menjawab,

إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا


“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”

Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.

Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri. Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w.  Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ

“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.

Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.
Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah,  maka solatnya dianggap tidak sah”.
Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.  Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka. 

Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,
“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah).  Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup.  Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan.  Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan.  Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya.  Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki.  Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.

Secara peribadi, saya melihat hujjah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis  yang telah dinyatakan di atas.   Hujjah yang digunakan lebih kepada lojik akal.  Sedangkan lojik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir.   Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang.  Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.

Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji.  Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air.  Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt.  Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika menemani anak-anak bermain air di taman tema air.  Taman tema air seperti di Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita.  Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki.  Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.   
Seorang lelaki menyarankan dalam blognya agar wanita tetap menutup kaki di rumah jika terdapat tetamu lelaki.

Sebelumnya, saya meringankan juga dari menutup kaki seperti ketika ada tetamu lelaki di rumah atau ketika bermain air di pantai dengan alasan rukhsah dan memakai pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat.  Namun sekarang saya berusaha melakukan yang terbaik setakat termampu.  Dunia hanya sementara.   Masa kita terlalu singkat untuk beramal dengan ajaran Islam.  Oleh sebab itulah Allah bersumpah dengan masa dalam surah al-‘Asr.  Kemudian dikatakan manusia ini memang sentiasa rugi kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

Suami sendiri bertegas dalam hal menutup kaki.  Dia pernah menegur saya menutup wajah tetapi membuka kaki.  Kaki lebih aula ditutup berbanding wajah berdasarkan hujjah-hujjah yang ada.
Mengenai situasi yang Azie alami di sana, ia adalah perkara biasa berlaku sekarang di mana-mana negara ummat Islam.  Masyarakat Arab Jordan dulu pun begitu juga.  Meskipun di Fakulti Syariah, melihat gadis-gadis Arab bersolat dengan rambut terjurai di dahi dan menampakkan kaki adalah perkara biasa.  Sebagai pelajar yang memahami ibadah berdasarkan ilmu, kami tidak mengikut tabiat yang tidak baik itu.  Kita dianjurkan Islam untuk beramal dengan perkara yang diyakini dan meninggalkan perkara yang diragui kebenarannya.

Walau bagaimana pun, dalam kes aurat kaki ini, meskipun kita memilih pendapat yang mempunyai hujjah yang kuat dan apa yang menenangkan hati kita.  Namun kita tetap perlu meraikan pandangan orang lain yang berbeza.  Justeru itu, kita tidak boleh memaksa para wanita di Asia Barat  solat sama seperti kita yakni menutup kaki.  Kita hanya boleh beritahu mereka hujjah yang kita tahu.  Terserahlah kepada mereka mahu menerimanya atau tidak.  Adapun amalan wanita Malaysia yang menutup kaki semasa solat wajar diteruskan secara istiqamah kerana ia paling tepat dengan petunjuk Nabi s.a.w.

Untuk perkara-perkara lain yang disebutkan atau tidak dinyatakan, garis panduan memilih pendapat untuk diamalkan  ialah yang mempunyai hujjah yang kuat.  Ini termasuklah memakai pewarna kuku yang boleh menghalang air.  Ia menyebabkan wuduk tidak sah.  Bukanlah bila dikatakan Arab, maka semuanya alim dan memahami secara mendalam mengenai Islam.   Mereka sama seperti umat Islam di Malaysia, mana yang belajar akan tahu dan yang tidak belajar akan tetap jahil.
Arab yang tahu, beriman dan beramal akan menjadi muslim yang baik.

Arab yang tahu tetapi tidak mahu beriman dan tidak mahu mengamalkan tetap menjadi muslim yang jahat.
Islam membekalkan kepada ummatnya prinsip-prinsip yang jelas dalam beramal yakni rujukannya al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.  Kita sekali-kali tidak dibenarkan mengikut amalan kerana bangsa mereka atau keturunan mereka dan lain-lain yang berunsur taqlid.

Semoga Azie dapat bersabar dan berlapang dada menghadapi situasi masyarakat yang berbeza dengan kefahaman kita selama ini.  Pengalaman adalah satu ilmu yang amat berharga dari Allah swt.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan penulis sendiri.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ibu yang terus belajar
Jika salah tolong tunjukkan.
Wassalam.
Ummu Abbas
11.11am

*******************************************************

So macam mana? Dah dapat jawapannya? Semoga selepas ini TRP dan kawan-kawan semua dapat istiqamah menutup kaki walau pun ketika nak berenang dalam kolam atau kat pantai. Sebelum ni pun bukan TRP tak tahu, tapi ya Allah, lemahnya imanku ini.....sedihhhhhh......!!



"Biarlah berapa banyak stokin rosak kerana pasir dan air, tapi jangan sampai kaki hancur kerana bahangnya API NERAKA......." 

nauzubillahi min zalik.......

 -TRP-

Tips Masak Nasi Lemak Elok dan Sedap

Selamat pagiiiii!!!

Breakfast apa pagi ni?
Roti canai? Pancake? Nasi Kerabu? Nasi Lemak?
Aduhhh tetiba jer rasa lapar.......

Sebut jer nasi lemak..... rasa nak berpantunlah pulak........layan jangan tak layan hehehe.....

www.nasilemaklover.blogspot.com
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan

          Ok, pagi ni TRP bukan nak share resepi nasi lemak tau............. tapi TRP nak share beberapa tips hasilkan nasi lemak yang elok dan sedap........... ni hasil dari google minggu lepas. Tetiba datang mood rajin nak masak nasi lemak untuk breakfast........... selalunya masak kat kedai jer huk huk huk............... sampai cik abang pun pelik mimpi apa tiba-tiba TRP nak buat breakfast nasi lemak ni hehehe.................. ok lah nak ngaku awal-awal, TRP ni tak pro memasak............setakat nak makan anak-beranak tu bolehhhh la........... eh dah dah panjang pulak intronya.............. jom kita tengok tipsnya.  :



1. untuk elak nasi melekat di periuk nasi, lepas basuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. nak lagi sedap didihkan dulu santan 

3. nak nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari

4. nak wangikan nasi, masukkan serai dan daun pandan

5. if nasi lemak termentah dalam periuk, cepat2 masak atas dapur gas dgn api perlahan. Kalau tak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak

6. nak nasi jadi sebijik2, letak marjerin sikit

Sumber : www.lukisanduniaku.wordpress.com

Itu jer tips masak nasi lemak buat masa ni. If ada info baru, TRP akan update. Kalau korang ada lagi tips untuk masak nasi lemak ni, jangan segan-segan share yer. Ok selamat ber nasi lemak hehehe ......opssss jaga-jaga kolestrol tuuuuu........ bye!


- The Red Pen -